TAHUKAH AWDA 07112026

7 Nov 2026 - 9:27am

MENURUT Akta Undang-undang Keluarga Islam Penggal

217, warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei

Darussalam (NBD) yang hendak berkahwin sama ada di

dalam NBD ataupun di luar negara hendaklah terlebih dahulu

mendapatkan suatu kebenaran berkahwin daripada Pendaftar

Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju' Orang Islam

(PPPPROI) atau 4PROI di setiap daerah di mana pemohon

lazimnya bermastautin. Antara perkara yang perlu dipastikan dalam

siasatan 4PROI adalah mengenal pasti status perkahwinan

pemohon sama ada bujang, beristeri atau bercerai, hidup atau

mati.

SUMBER : Pelita Brunei edisi Mac 2026