BAHAN-BAHAN :
1/2kg tepung beras
100gm tepung pulut
2.2 liter air
450g gula
2 biji kelapa bersaiz kecil untuk dijadikan santan
CARA-CARA MEMASAKNYA :
Tepung beras disangai terlebih dahulu lalu masukkan tepung pulut. Diketepikan. Setelah itu, dalam periuk lain, masukkan gula dan air lalu ditanak hingga menguning dan dibiarkan sejuk. Kemudian, masukkan santan lalu gaul. Akhir sekali, masukkan tepung yang sudah disangai dan gaul hingga sebati. Kaut sedikit adunan dan diletakkan ke atas daun nyirik lalu disemat menggunakan kayu lidi. Buat adunan hingga habis. Kemudian, kukus hingga masak.