PPDB adakan Latihan Mara Lasak

8 Nov 2026 - 5:00am

Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 November. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan Latihan Mara Lasak pada Sabtu, 7 November 2026 bermula pukul 7.00 malam bermula dari kawasan Lebuhraya Tutong-Muara (Pos Polis Tasek Biru), Lebuhraya Tungku, Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah menuju Jalan Bawah Terowong Pusing Keliling Kiulap, Jalan RIPAS (Batu Satu) dan berakhir di Kawasan Polis Kawalan Diraja, Beribi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak berasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan yang mana akan menggunakan bahan letupan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di sepanjang latihan berkenaan dijalankan.