Pesta Pantai Lumut dilancarkan

8 Nov 2026 - 5:17am

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Foto : Ihsan Majlis Perundingan Kampung Lumut

BELAIT, Sabtu, 7 November. - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumut 2 dengan kerjasama MPK Lumut 1, Lumut 3, Sungai Liang, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lumut Kawasan 1, 2 dan 3 telah mengadakan satu program iaitu Pesta Pantai Lumut 2026.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran pesta berkenaan ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Amirul Shukri bin Haji Hafneh pada acara yang berlangsung di Peranginan Pantai Lumut, di sini.

Antara pengisian pesta berkenaan ialah aktiviti perniagaan, aktiviti keagamaan; aktiviti kebudayaan dan aktiviti perkhemahan dan sebagainya.

Pesta Pantai Lumut 2026 merupakan kali ketiga diungkayahkan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama Ahli Jawatankuasa MPK sekali gus beramah mesra bersama penduduk Mukim Liang.

Di samping itu, ia juga bertujuan bagi menjadikan Mukim Liang sebagai salah satu tarikan pelancongan khususnya pelancongan tempatan dan luar negara dan juga sebagai persiapan bagi Tahun Melawat Brunei 2027 di mana Pesta Pantai Lumut 2027 akan dimasukkan dalam Jadual Tahun Melawat Brunei 2027.