10 ketua keluarga terima sumbangan

8 Nov 2026 - 5:05am

Siaran Akhbar dan Foto : Majlis Kesejahteraan Masyarakat 

 

ANGGEREK DESA, Sabtu, 7 November. - Seramai 10 orang ketua keluarga yang terdiri daripada klien-klien Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) menerima sumbangan makanan asasi daripada JKG Brunei Team yang berlangsung di Pejabat MKM, Anggerek Desa.

Kumpulan tersebut juga menyampaikan sumbangan derma berjumlah BND2,235 kepada MKM.

Inisiatif amal anjuran JKG Brunei Team yang diketuai oleh Jeslyn Khoo merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada individu daripada pelbagai latar belakang profesional dan pendidikan.

Ahli-ahli kumpulan berkenaan juga merupakan sebahagian daripada yang mempunyai platform pendidikan kewangan.

Melalui inisiatif yang bermakna itu, kumpulan berkenaan berhasrat untuk menghulurkan bakti kembali kepada masyarakat sambil mempromosi nilai belas kasihan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial.

Hadir ialah Naib Yang Dipertua 2 MKM, Awang Bolhassan Haji Abu Bakar; serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir MKM.

Sumbangan tersebut menggambarkan MKM terus mendapat sokongan padu dari semua pihak dalam sama-sama memeduli kebajikan dan kesejahteraan golongan susah di negara ini.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen kumpulan untuk mencipta impak positif dan memberi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk menyumbang ke arah membina masyarakat penyayang.

Pengagihan sumbangan berkenaan merupakan inisiatif JKG Brunei Team untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan di negara ini.