Penyerahan bendera lambang amanah kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2026

15 Sep 2026 - 9:58am

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Alhamdulillahi Rabbil `Alameen.

Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen,

Saidina Muhammadin Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama’een

 

HAMBA Duli Tuanku menyembahkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia-Nya jua abis Hamba Duli Tuanku bersama para hadirin dapat berkumpul pada majlis pagi ini, iaitu Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel Ke-23.

Dalam perkara ini, hamba Duli Tuanku bagi pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menyembahkan setinggi-tinggi junjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam atas titah perkenan baginda bagi Negara Brunei Darussalam menyertai Sukan Komanwel Ke-23, pada tahun ini yang akan berlangsung di Glasgow, Scotland pada 23 Julai hingga 2 Ogos 2026.

Bagi pihak KKBS, hamba Duli Tuanku dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan penghargaan atas keberangkatan Duli Tuanku ke majlis pagi ini, yang mana keberangkatan Duli Tuanku ke majlis ini adalah disanjung tinggi dan penuh bermakna, dalam mana keberangkatan Duli Tuanku ini menunjukkan sokongan dan keprihatinan Duli Tuanku yang berterusan dalam kemajuan dan pembangunan sukan di negara ini.

Terlebih dahulu, hamba Duli Tuanku menjunjung perkenan Duli Tuanku bagi hamba Duli Tuanku menyampaikan sepatah dua kata kepada para jemputan yang hadir di majlis pagi ini.

Sukan Komanwel merupakan temasya sukan pelbagai acara yang menghimpunkan atlet daripada negara dan wilayah anggota Komanwel. Temasya ini dianjurkan setiap empat tahun di bawah seliaan Commonwealth Sport dan merupakan antara kejohanan sukan terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia. Selain menjadi platform pertandingan bertaraf antarabangsa, Sukan Komanwel turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan persahabatan, memupuk perpaduan serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan negara anggota Komanwel.

Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam sekali lagi akan menyertai Sukan Komanwel dengan penyertaan dalam tiga acara sukan, iaitu olahraga, renang dan angkat berat. Kontinjen negara terdiri daripada enam orang atlet, iaitu tiga lelaki dan tiga wanita, yang akan diiringi oleh enam orang pegawai merangkumi seorang Chef de Mission, seorang ketua urus setia, seorang pegawai urus setia, serta tiga orang jurulatih. 

Peramba saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para atlet yang terpilih mewakili Negara Brunei Darussalam. Semoga para atlet sentiasa memberikan persembahan terbaik, menjunjung semangat kesukanan serta meletakkan nama negara di kedudukan yang terpuji.

Di samping mengejar kecemerlangan prestasi, jagalah tingkah laku dan nama baik negara dengan penuh integriti. Di luar gelanggang, abiskita adalah juga wajah kepada negara. Tunjukkan disiplin yang jitu, mematuhi segala peraturan dan elakkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan imej negara.

Kepada para atlet, jadikanlah penyertaan ini sebagai satu peluang dan cabaran untuk terus mempertingkatkan prestasi dengan persediaan fizikal dan mental yang kental, serta keyakinan diri yang tinggi. Lakukan yang terbaik demi mencapai puncak prestasi awda sendiri. Setiap titisan peluh di gelanggang adalah bukti perjuangan abiskita yang sudah setentunya menerbitkan kebanggaan semua.

Sekali lagi, hamba Duli Tuanku menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Tuanku ke Majlis Penyerahan Bendera pada pagi ini. Hamba Duli Tuanku menjunjung ampun dan maaf jika terdapat sebarang suruk langkah dan tutur kata yang kurang manis yang tidak disengajakan di dalam melaksanakan majlis pada pagi ini.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.