TAZ FC raih kemenangan dalam aksi persahabatan

23 Sep 2026 - 11:22pm

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Awang Haji Sulaiman

Foto : Ihsan Mohammad Roswandi Haji Wahap

BERAKAS, Rabu, 23 September. - TAZ FC mencatat kemenangan tipis 4 - 3 ke atas Squadra FC dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Padang Kebajikan Berakas, baru-baru ini.

Perlawanan tersebut bukan sahaja menjadi medan persaingan antara kedua-dua pasukan, malah turut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat persahabatan antara para pemain TAZ FC dan Squadra FC melalui aktiviti sukan.

Aksi yang berlangsung dalam suasana kompetitif itu turut memberikan peluang kepada kedua-dua pasukan untuk menguji kemampuan masing-masing, di samping meningkatkan prestasi permainan melalui pengalaman beraksi dalam perlawanan persahabatan.

Kedua-dua pasukan turut memperlihatkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan sepanjang perlawanan, sekali gus menjadikan aksi berkenaan sebagai platform untuk meningkatkan kecergasan fizikal serta mengukuhkan persefahaman dalam kalangan pemain.

Perlawanan seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuh hubungan antara pasukan, selain menggalakkan penglibatan aktif dalam kegiatan sukan dan memupuk semangat persahabatan serta kesukanan.