Rombongan kedua kontinjen NBD berlepas ke Sukan Persahabatan BIMP-EAGA

22 Nov 2026 - 5:44am

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 November. – Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-12 dijadual berlangsung secara rasminya bermula pada 23 hingga 27 November 2026 di Sabah, Malaysia.

Rombongan kedua kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) seramai 36 ahli terdiri daripada para atlet, jurulatih dan pengurus sukan badminton, olahraga, karate dan pencak silat telah berlepas ke Sabah, Malaysia bagi menyertai kejohanan tersebut.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat, Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Awang Muhd. Amirul Syazmie bin Ibrahim.

Majlis didahului dengan bacaan Doa Selamat, diselajurkan dengan ucapan nasihat kepada kontinjen NBD dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

NBD dalam temasya sukan persahabatan berkenaan akan menyertai tujuh acara sukan yang dipertandingkan iaitu badminton, boling padang, karate, olahraga, pencak silat, renang dan sepak takraw.

Atlet-atlet negara akan mula bertanding pada 24 hingga 26 November 2026.

Rombongan terakhir akan bertolak ke Sabah, Malaysia pada Ahad, 22 November 2026.