Kluster 3 juara futsal BDSG Ke-3

22 Nov 2026 - 6:49am

Berita dan Foto : Muhammad Aiman Najib Hamzah

BERAKAS, Sabtu, 21 November. - Pasukan Kluster 3 dan Kluster 6 berentap pada perlawanan akhiracara futsal sempena Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (BDSG 2026) Kali Ke-3, yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB),  di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat kepada para pemenang, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dan semangat juang yang tinggi dalam usaha merebut kejuaraan.

Walau bagaimanapun, Pasukan Kluster 3 berjaya dinobatkan sebagai juara sekali gus meraih pingat emas, manakala Kluster 2 meraih pingat perak. Sementara itu, pingat gangsa menjadi milik Pasukan Kluster 6.

Penganjuran BDSG Ke-3 merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi pelajar dalam bidang sukan.

Kejohanan kali ini dikhususkan kepada pelajar sekolah rendah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas selaku penganjur bersama bagi memperluas peluang penyertaan pelajar berkeperluan khas.