DB dinobatkan juara Liga Beyblade Brunei

10 Nov 2026 - 4:58am

Siaran Akhbar dan Foto : DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 November. - Tirai Liga Beyblade Brunei Darussalam (LBBD) musim 2025/2026 secara rasmi dilabuhkan dengan Pasukan DBos Beys (DB) dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah berjaya mengumpul 300 mata, sekali gus mencatat pungutan mata tertinggi sepanjang liga berkenaan.

Manakala naib juara menjadi milik pasukan Jakusha Bladers (JB) yang berjaya mengutip 279 mata, sementara pasukan Brother Geng Bladers (BGB) menduduki tempat ketiga dengan mengutip 262 mata, diikuti oleh pasukan Undergroundz X (UGX) di tangga keempat dengan mengutip 56 mata.

Liga Beyblade Brunei Darussalam 2025/2026 merupakan antara kejohanan yang dianjurkan bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada pasukan-pasukan Beyblade tempatan yang aktif menyemarakkan sukan tersebut di negara ini.