Atlet angkat berat negara raih 2 emas, 1 perak

18 Nov 2026 - 6:22am

Berita dan Foto : Ihsan Rabiatul Terudin

REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 17 November. - Atlet-atlet angkat berat Negara Brunei Darussalam baru-baru ini berjaya meraih dua pingat emas dan satu pingat perak dalam Kejohanan Persekutuan Angkat Berat Singapura (Singapore Weightlifting Federation - SWF) Weightlifting Championship 2026 yang berlangsung di Singapura.

Pencapaian tersebut disumbangkan oleh Liyana Safiah Sidek yang meraih pingat emas dalam Kategori Wanita W49, Nurul Syuhaidah Ahman yang meraih pingat perak dalam Kategori Wanita W49 dan Mohammad Nashrul bin Haji Abu Bakar yang meraih pingat emas dalam Kategori Lelaki M65.

Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin serta komitmen para atlet dalam sukan angkat berat.