Sambal Timun

11 Nov 2026 - 11:04am

Kampung Senukoh, Temburong

Foto : Nurul Rasyidah Mohamad Rosland

BAHAN-BAHANNYA :

5 biji timun (dibuang kulit)

5 biji bawang merah (dihiris nipis)

1 biji lada merah (dihiris nipis)

2 biji telur rebus (dibelah 6)

2 sudu makan mayones

Garam, gula & ajinomoto secukupnya

CARA MEMASAKNYA :

Toreh permukaan timun menggunakan garpu, kemudian serut atau hiris halus. Ramas timun bersama sedikit garam dan rendam selama 15 minit untuk mengeluarkan lebihan air. Selepas itu, toskan hingga kering. Masukkan timun ke dalam bekas, kemudian tambahkan bawang merah, lada merah dan telur rebus. Gaulkan bersama mayones hingga sebati. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto mengikut cita rasa.