RPN Bukit Beruang
Foto : Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz
BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Kulit :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan cair (atau campuran santan + air)
5 - 6 helai daun pandan (dikisar dengan sedikit air, tapis untuk dapatkan jus hijau) atau 1 sudu kecil pes pandan
Sedikit garam
Bahan inti Kelapa :
2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula melaka (atau gula merah), dicincang halus
2 sudu besar gula pasir (ikut manis)
1 helai daun pandan, disimpul
1/4 cawan air
CARA-CARA MEMASAK :
Inti kelapa : Masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan, dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula larut. Masukkan kelapa parut, kacau hingga rata dan sedikit kering. Sejukkan inti sebelum digunakan.
Kulit : Satukan tepung gandum, telur, santan, garam, dan jus pandan. Kacau atau kisar hingga sebati dan tidak berketul. Panaskan kuali leper non-stick, sapu sedikit minyak. Tuang adunan nipis seperti buat lempeng. Masak sekejap hingga kulit masak (tak perlu terbalikkan). Angkat.
Gulung Kuih Lenggang : Ambil sekeping kulit, letak 1 sudu inti kelapa di tengah. Lipat hujung kiri dan kanan, kemudian gulung seperti popia.