Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 November. - Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan, menjatuhkan hukuman denda terhadap seorang perempuan warganegara Malaysia atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006.
Majistret Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman menjatuhkan hukuman denda tersebut terhadap Kian Kok Huau, 64 tahun setelah mengaku bersalah memiliki 115 minuman keras tanpa permit yang sah.
Defendan ditangkap pada 28 Oktober 2021 bertempat di sebuah rumah di kawasan Kampung Kumbang Pasang oleh Pegawai Pencegah Kastam, Bandar Seri Begawan. Defendan dijatuhkan hukuman sebanyak BND5,000 atau pemenjaraan selama lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Semua barang yang terlibat iaitu minuman keras dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan bagi tujuan dilupuskan.