Pendaftaran Program SP-PHU kini dibukakan

15 Nov 2026 - 3:22am

Siaran Akhbar dan Infografik : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 November. –  Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi kini membukakan pendaftaran bagi mengikuti Program Sijil Profesional Pembimbing Haji dan Umrah (SP-PHU), pengambilan ketiga (Januari 2027).

Program selama 14 minggu tersebut bertujuan untuk membimbing para peserta dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan haji dan umrah, merangkumi urusan di Negara Brunei Darussalam (NBD) dan pelaksanaan ibadah di Arab Saudi.

Program berkenaan turut memberikan pendedahan tentang peraturan dan undang-undang, fiqh serta hukum-hakam haji dan umrah menurut Mazhab Syafi'i, fatwa dan isu manasik semasa, komunikasi dan teknik berdakwah, bimbingan psikologi, pertolongan cemas, serta sejarah Islam dan Geografi.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 5 Disember 2026.