Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
GADONG, Selasa, 25 Ogos. - Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), baru-baru ini menganjurkan Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.
Majlis berkenaan dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Awang Sulaiman bin Alidin, selaku tetamu kehormat majlis.
Turut hadir, Timbalan Penguasa Polis Abdul Hafizazuddin bin Haji Abdul Wahab, selaku Pengerusi BUI, serta pegawai-pegawai kanan, pegawai, anggota pangkat rendah dan kakitangan awam PPDB.
Acara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.
Majlis berkenaan diadakan sebagai wadah bagi warga PPDB untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta menghayati sirah dan akhlak Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.