Menggalakkan gaya hidup sihat, menjaga kelestarian ekologi hutan

22 Nov 2026 - 6:25am

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Foto : Alishahrin Haji Mumin

TUTONG, Sabtu, 21 November. - Program mendaki Trek Cuba Kinyam disertakan dengan aktiviti mengutip sampah (‘plogging’) telah diadakan di Trek Cuba Kinyam, Kampung Bukit Udal, di sini.

Aktiviti tersebut diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan dalam pada masa yang sama menjaga kelestarian ekologi hutan daripada sebarang pencemaran. Sepanjang aktiviti ‘hiking’ pelbagai sisa yang ditinggalkan dikutip dan dibersihkan untuk dilupuskan dengan betul.

Turut hadir di program berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri dengan Jawatankuasa Pandu Arah Trek yang berperanan dalam memberi taklimat keselamatan dan laluan trek kepada para peserta.

Aktiviti pagi ini dilakukan dengan harapan memupuk gaya hidup sihat di samping memberatkan sikap ‘inda camah mata’ kepada sesiapa yang turut serta di dalam program ini.