Memacu transformasi perkhidmatan awam ASEAN melalui kerjasama strategik

17 Nov 2026 - 5:33am

 

Oleh : Nooratini Haji Abas

Foto : Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

JERUDONG, Isnin, 16 November. - Majlis Penutup Mesyuarat Ketua-ketua Rangkaian Latihan Perkhidmatan Awam ASEAN (Meeting of The Heads Leader ASEAN Network Public Service Trainning - ACCSM) diadakan petang tadi di Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, selaku Ketua ACCSM bagi Negara Brunei Darussalam (NBD).

Antara acara kemuncak pada majlis penutup tersebut ialah pelancaran rasmi logo baharu Rangkaian ASEAN PSTI serta pengiktirafan terhadap reka bentuk yang terpilih, yang mewujudkan identiti visual bagi gabungan berkenaan.

Sebagai tanda berakhirnya tempoh pengerusi yang berjaya oleh NBD, tanggungjawab sebagai pengerusi Rangkaian ASEAN PSTI telah diserahkan secara rasmi kepada Kemboja, yang diwakili oleh Royal School of Administration (RSA) bagi penggal 2027-2028, disusuli dengan ucapan sulung daripada pihak yang mengambil alih jawatan pengerusi tersebut.

Program selama dua hari itu melabuhkan tirainya pada 17 November dengan satu lawatan pembelajaran pengalaman ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).

Mesyuarat peringkat tinggi ini dihadiri oleh delegasi luas yang terdiri daripada pemimpin dan pegawai perkhidmatan awam serantau. Negara tuan rumah, NBD, diwakili oleh Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr. Awang Norfarizal bin Othman; dan Pengarah Institut Perkhidmatan Awam, Dr. Hajah Noor Maya binti Haji Md. Salleh.

Delegasi dari Kemboja, selaku penganjur seterusnya, diketuai oleh Presiden Royal School of Administration (RSA), Tuan Yang Terutama Youk Bunna, bersama Naib Presiden Sung Vintik; Ketua Sekretariat, Ramo Nuch; Ketua Pejabat Hul Lina, dan Setiausaha SAO Polina.

Mewakili Republik Indonesia ialah Ketua Pusat Pembangunan Sumber Manusia (HRDC) Johana Nunik Widianti, dan Abdul Aziz Luthfi dari HRDC, bersama Pengarah Direktorat Jaminan Kualiti Pembelajaran, Dr. Meita Ahadiyati Kartikaningsih, serta Dr. Army Winarni dari Institut Pentadbiran Awam Kebangsaan (LAN RI).

Malaysia pula diwakili oleh Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Datuk Dr. Mohd. Zabri bin Yusoff dan Kamarul Hafidzan bin Kamaruddin.

Mewakili Republik Kesatuan Myanmar ialah Ketua Jabatan di Akademi Perkhidmatan Awam (Myanmar Hulu), Ye Thet Khaing, di bawah Lembaga Perkhidmatan Awam Kesatuan (Union Civil Service Board).

Sementara itu, Republik Singapura diwakili oleh Timbalan Pengarah, Kelvin Chai, dan Pengurus Kanan, dari Civil Service College (CSC) International, Kong Wei Jia. Delegasi Thailand terdiri daripada Pengarah Pusat Kerjasama Strategik dan Antarabangsa, Natthika Nawanno, serta Encik Channarong Sangayuth dari Institut Latihan Perkhidmatan Awam (OCSC).

Seterusnya, Republik Demokratik Timor-Leste diwakili oleh Pengarah Kebangsaan bagi Perancangan Tenaga Kerja Perkhidmatan Awam, Fransisco da Costa Pereira, dan Ketua Kabinet Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Timor-Leste, Rosvita Calapez Pires.

Delegasi Republik Sosialis Viet Nam daripada Akademi Pentadbiran Awam dan Tadbir Urus (APAG) diketuai oleh Naib Presidennya, Dr. Bui Phuong Dinh selaku Ketua Delegasi, bersama-sama dengan Dr. Nguyen Manh Cuong, Dr. Bui Thi Thanh Thuy, Dr. Nguyen Van Dung, dan Nguyen Thi Thanh Tu.

Bagi Sekretariat ASEAN pula diwakili oleh Pegawai Kanannya, Madyah Rahmi Lukri; dan Pegawai dari Bahagian Buruh dan Perkhidmatan Awam, Shinta Kusumawardani.

Disahkan oleh Mesyuarat Ketua-Ketua Perkhidmatan Awam dalam ACCSM Ke-19 di Republik Singapura pada 25 Oktober 2018, Rangkaian ASEAN PSTI telah ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama dan pertukaran antara institut latihan perkhidmatan awam dalam bidang pembelajaran serta pembangunan tenaga kerja, sekali gus menyokong transformasi pentadbiran awam di seluruh Asia Tenggara.

Peranan sebagai penyelaras (convenor) bagi Rangkaian ASEAN PSTI lazimnya digilirkan dalam kalangan Negara Anggota ASEAN mengikut urutan abjad bagi tempoh dua tahun; Republik Singapura telah memegang peranan sebagai Penyelaras bagi tempoh 2019-2020, diikuti oleh Thailand bagi 2021-2022, Republik Sosialis Viet Nam bagi 2023-2024, dan NBD bagi 2025-2026, manakala Kemboja akan menggalas peranan tersebut bagi tempoh 2027-2028.