Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 November. – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan Latihan PPDB pada Sabtu, 21 November 2026 bermula pukul 4.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Kompleks Pasukan Gerak Khas, Sungai Akar.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak berasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan kerana latihan tersebut akan dijalankan menggunakan bahan letupan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di sepanjang latihan berkenaan dijalankan.