Bantu kesan Miftanul Rifai Hakim

18 Nov 2026 - 6:27am

Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 November. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Bandar Seri Begawan (BSB) ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang buruh dipercayai lari daripada majikan.

Buruh berkenaan ialah Miftanul Rifai Hakim, berusia 29 tahun yang merupakan seorang lelaki warganegara Republik Indonesia dengan nombor Kad Paspot E6309050.

Jika terdapat sebarang maklumat mengenainya, sila berhubung terus ke Balai Polis BSB di talian +673 2242336 atau +673 2242337 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.