Siaran Akhbar : Tabung Amanah Pekerja
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 November. - Bagi memastikan ahli menerima manfaat pulangan pertumbuhan yang stabil, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengkreditkan pulangan dividen pada kadar 2.5 peratus ke dalam akaun ahli masing-masing dengan jumlah keseluruhan sebanyak BND138,212,150.87 bagi Tahun Kewangan 2025-2026 (yang berakhir pada 31 Mac 2026) pada Ahad, 22 November 2026.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah pulangan dividen yang telah dikreditkan, ahli bolehlah merujuk kepada Penyata Akaun Tahun Kewangan 2025-2026 dengan melog masuk ke akaun e-Amanah masing-masing di www.tap.com.bn.
Ahli juga boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian +673 2722929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn bagi sebarang pertanyaan lanjut.