Transformasi makna komunikasi dalam era teknologi

11 Nov 2026 - 10:23am

PADA era globalisasi ini, perkembangan teknologi telah membawa perubahan besar terhadap cara manusia berkomunikasi. Komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat, idea dan perasaan antara individu. Dahulu, manusia berkomunikasi melalui surat atau pertemuan secara bersemuka. Namun, kemunculan internet, telefon pintar dan media sosial telah mengubah makna komunikasi dalam kehidupan seharian.

Antara perubahan yang dapat dilihat ialah komunikasi menjadi lebih mudah dan cepat. Contohnya, kita boleh menghantar mesej melalui WhatsApp atau membuat panggilan video tanpa perlu berjumpa secara bersemuka. Hal ini memudahkan kita untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan walaupun tinggal berjauhan. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan teknologi untuk berbincang tentang tugasan dan berkongsi maklumat dengan lebih mudah.

Selain itu, teknologi telah menjadikan komunikasi lebih terbuka dan meluas. Media sosial seperti Instagram, Facebook dan TikTok membolehkan pengguna berkongsi pendapat, pengalaman serta maklumat dengan masyarakat di seluruh dunia. Komunikasi bukan lagi sekadar pertukaran maklumat antara dua individu, malah menjadi medium untuk membina identiti diri dan mempengaruhi pandangan masyarakat. Walau bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati agar tidak menyebarkan berita palsu atau maklumat yang tidak sahih.

Di samping itu, teknologi turut mempengaruhi hubungan interpersonal. Panggilan video membolehkan keluarga dan rakan yang berjauhan berinteraksi dengan lebih mudah. Namun, penggunaan telefon pintar secara berlebihan boleh mengurangkan komunikasi bersemuka. Hal ini boleh menjejaskan hubungan emosi kerana ekspresi wajah, nada suara dan bahasa tubuh sukar ditafsirkan sepenuhnya melalui mesej digital.

Kesimpulannya, teknologi telah membawa banyak perubahan dalam komunikasi manusia. Walaupun teknologi memudahkan kita berhubung dan mendapatkan maklumat, kita perlulah menggunakannya dengan bijak. Pada pendapat saya, komunikasi secara bersemuka masih penting kerana dapat mengeratkan hubungan dan mengelakkan salah faham. Oleh itu, kita perlu mengimbangi penggunaan teknologi dengan interaksi secara langsung dalam kehidupan seharian.

Nama : Nurrafhanah binti Romze

No. K/P : 01-102XXX