Banjir akibat Taufan Maysak ragut 159 nyawa di Guangxi

21 Og 2026 - 10:27am

NANNING, Jumaat, 21 Ogos. - Banjir teruk yang dicetuskan oleh Taufan Maysak pada awal Julai mengorbankan 159 orang manakala 10 lagi masih hilang di dua buah bandar di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan Republik Rakyat China.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan perkara itu pada Jumaat.

Banjir yang berpunca daripada hujan lebat dibawa taufan berkenaan menjejaskan lebih 1.65 juta penduduk di Nanning, ibu negeri Guangxi, dan Guigang, menurut persidangan berkaitan kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula pascabencana yang diadakan di kedua-dua bandar berkenaan.

Kedua-dua bandar kini mengalihkan tumpuan kepada usaha pemulihan dan pembinaan semula pascabencana, di samping meningkatkan keupayaan dalam pencegahan, pengurangan dan pengurusan bantuan bencana.

Guangxi dilanda hujan lebat luar biasa dari segi skala, tempoh dan intensitinya pada awal Julai ketika Taufan Maysak melintasi wilayah berkenaan, sekali gus mencetuskan banjir besar. - ©XINHUA