RR Bangers Club anjurkan Kejohanan Pickleball Beregu Lelaki 2026

3 Okt 2026 - 6:38am

Berita dan Foto : Ihsan Muhammad Nur Izz Waldan Haji Mohd. Noor Irwan

 

SUNGAI AKAR, Jumaat, 2 Oktober. - RR Bangers Club sekali lagi menganjurkan Kejohanan Pickleball Beregu Lelaki (Men’s Doubles Pickleball Tournament 2026) yang berlangsung meriah di Dewan Sekolah PGGMB, Sungai Akar, baru-baru ini.

Kejohanan tersebut disertai oleh 24 pasangan pemain daripada pelbagai peringkat yang dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C dengan menggunakan format ‘round robin’.

Penganjuran kejohanan berkenaan antara lain bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan belia serta masyarakat, di samping mengeratkan silaturahim sesama pemain ‘pickleball’ di Negara Brunei Darussalam.

Ia juga bertujuan menyokong perkembangan sukan ‘pickleball’ yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Sehubungan itu, pihak RR Bangers Club merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain, urus setia serta para penaja atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan berkenaan.