Kontinjen NBD Sukan Asia Ke-20 tiba di Aichi-Nagoya

18 Sep 2026 - 6:39am

Siaran Akhbar dan Foto : Urus Setia kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Asia Ke-20, 2026

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 September. - Rombongan kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi Sukan Asia Ke-20, 2026 telah selamat tiba di Aichi-Nagoya, Jepun, kelmarin. Rombongan telah melalui akreditasi sebelum berangkat ke penginapan masing-masing. Para atlet dan pegawai berada dalam keadaan baik dan sihat.

Pihak penganjur memastikan kesejahteraan semua atlet dan pegawai semasa urusan daftar masuk ke Cruise Ship bagi pasukan wusyu dan urusan pasukan karate di Hotel Toyohashi.

Kedua-dua pasukan menjalani latihan adaptasi di lokasi pertandingan pada sebelah pagi tadi. Sementara Acara Team Welcoming Ceremony juga akan diadakan pada sebelah petang di Athlete Plaza Garden Pier.