Kontinjen NBD selamat tiba di Dakar, Senegal

30 Okt 2026 - 6:25am

Berita dan Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Belia Olimpik Ke-4 2026

DAKAR, SENEGAL, Khamis, 29 Oktober. - Rombongan kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) yang akan menyertai Sukan Belia Olimpik Ke-4 2026 selamat tiba di Dakar, Senegal.

Rombongan diketuai oleh Pengiran Siti Amal Jariah binti Pengiran Haji Matjinen, selaku Chef De Mission, beserta dua orang atlet renang dan wusyu, dua orang jurulatih serta Ketua Urus Setia.

Setibanya di Youth Olympic Village (YOV), Mesyuarat Pendaftaran Akhir Delegasi (Final Delegation Registration Meeting) berjalan dengan lancar dan atlet serta pegawai telah menerima kad akreditasi serta kunci bilik masing-masing.

Manakala, rombongan kedua bagi pasukan Olahraga dijangka bertolak dari NBD pada 3 November 2026 ini.