Indera SC berjaya tumpaskan PPDB FC

16 Sep 2026 - 5:28am

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas

BERAKAS, Selasa, 15 September. - Indera SC berjaya menewaskan Pasukan Polis Diraja Brunei FC (PPDB FC) dengan keputusan 2-0 pada aksi Liga Super Brunei 2026/2027 (Brunei Super League) yang berlangsung malam tadi.

Perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Berakas berkenaan menyaksikan Indera SC membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi Muhammad Akram Waqeel Muhammad Bakir.

Memasuki babak kedua, Indera SC terus menggandakan kelebihan pada minit ke-67 apabila Victor Chukwuebuka Ebele berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukannya.

Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan berkenaan juga mencerminkan usaha dan kerjasama para pemain Indera SC yang berjaya mengekalkan momentum permainan serta memanfaatkan peluang untuk menghasilkan jaringan.