Siaran Akhbar dan Foto : Bengkurong Veteran Badminton Community
LAWAS, Ahad, 13 September. - Bengkurong Veteran Badminton Community (BVBC) hari ini mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan dengan Veteran Sundar Badminton Club (VSBC) bertempat di Dewan Masyarakat Sundar, Daerah Lawas, Sarawak.
Tujuan utama perlawanan berkenaan adalah untuk mengeratkan lagi tanda persahabatan kedua-dua kelab berkenaan.
Mengetuai rombongan ialah Presiden BVBC, Awang Haji Mohd. Alidin bin Haji Kura.
Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong, juga Ketua Kampung Lumapas 'B', Daerah Brunei dan Muara, yang juga berkesudian menyampaikan cenderamata daripada BVBC kepada Suhal, iaitu wakil VSBC.