Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Tangkap Layar RTBGo
KOTA KINABALU, Isnin, 14 September. - DPMM FC berjaya mencatatkan kemenangan 2 - 1 ke atas Sabah FC dalam aksi Liga Super Malaysia Musim 2026 / 2027 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Dalam perlawanan tersebut, DPMM FC berjaya mengatur beberapa serangan ke arah gawang Sabah FC dan hasilnya, pasukan berkenaan membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi Ebenezer Abban.
DPMM FC kemudiannya terus mengawal permainan dengan melakukan beberapa serangan berbahaya. Walau bagaimanapun, Sabah FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi Gonzalo Di Renzo.
Memasuki babak kedua, DPMM FC tampil lebih agresif dengan melancarkan beberapa serangan ke arah pertahanan Sabah FC.
Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila Jordan Murray berjaya menjaringkan gol kedua DPMM FC pada minit ke-65, sekali gus meletakkan pasukan berkenaan di hadapan dengan keputusan 2 - 1. Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil, sekali gus mengesahkan kemenangan DPMM FC dengan keputusan 2 - 1.