Usaha perkasa pendigitalan PA, bina masyarakat digital inklusif

29 Sep 2026 - 6:36am

Oleh : Siti Rokiah Abdullah

Foto : Siti Rokiah Abdullah, Ihsan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 September. - Dalam usaha untuk menyokong aspirasi negara ke arah pendigitalan Perkhidmatan Awam (PA) dan pembangunan masyarakat digital yang inklusif, Pusat Multimedia dan Teknologi, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengadakan Taklimat dan Pengaktifan BruneiID.

Program berkenaan telah berlangsung pagi tadi di Dewan Tarbiah, universiti berkenaan.

Hadir pada program berkenaan, Pemangku Timbalan Ra'es, KUPU SB, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.

Turut hadir, pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama, para pensyarah, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.

Program berkenaan merupakan usaha dalam menyokong aspirasi negara ke arah pendigitalan PA dan pembangunan masyarakat digital yang inklusif. Selain itu, program berkenaaan juga memberikan kefahaman mengenai BruneiID sebagai identiti digital kebangsaan, termasuk fungsi, kepentingan dan manfaatnya dalam mendukung akses kepada perkhidmatan digital yang selamat, mudah dan bersepadu.

Sesi taklimat mengenai BruneiID telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Awang Muhammad Amir Azizi bin Haji Shukry. 

Program juga turut menyaksikan sesi pengaktifan akuan BruneiID yang didahului oleh Pendaftar KUPU SB, Pengiran Zainathul Shema binti Pengiran Haji Metassan. 

Program yang pertama kali diadakan memberi peluang kepada warga KUPU SB untuk bersama-sama mengaktifkan akaun BruneiID masing-masing, sejajar dengan usaha pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara B