Siaran Akhbar dan Infografik : Brunei Darussalam Central Bank
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 September. - Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) sukacita memaklumkan mengenai pelancaran produk kenang-kenangan bagi Siri Keluarga Mata Wang Baharu Negara Brunei Darussalam (NBD).
Siri baharu berkenaan telah diperkenalkan pada 22 September 2026 dan mula diedarkan pada 9 Mac 2026.
Produk kenang-kenangan berkenaan terdiri daripada mata wang tunggal (single banknotes), helaian tidak dipotong (uncut banknote sheets), dan mata wang yang mempunyai nombor siri khas.
Produk-produk berkenaan dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan adalah sah diperlakukan (legal tender) di NBD.
Sementara itu produk-produk berkenaan boleh didapati sepanjang tempoh jualan khas bermula Khamis, 1 Oktober 2026 hingga Ahad, 4 Oktober 2026, bertempat Lokasi Lot G.24, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Bandar Seri Begawan.
Waktu perniagaan adalah seperti berikut, iaitu pada Khamis hingga Ahad, 1 hingga 4 Oktober 2026, pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali Jumaat. Manakala pada Jumaat, 2 Oktober 2026, pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 5.00 petang.
Selepas tempoh jualan khas berkenaan, produk-produk tersebut boleh didapati di Galeri Mata Wang and Gift Shop BDCB bermula Isnin, 5 Oktober 2026.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang BDCB di ‘www.bdcb.gov.bn’ atau ikuti akaun Instagram BDCB melalui ‘@centralbank.brunei’.