PPDB akan adakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas

11 Nov 2026 - 6:08am

Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 November. - Pasukan Polis Diraja Brunei akan mengadakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pengambilan Anggota Baharu Polis Kawalan Diraja Fasa 01 / 2026 pada 11 November 2026 bermula pukul 2.00 petang hingga selesai di Polis Kawalan Diraja PRG02, Simpang 207.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak berasa cemas  dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan yang mana akan menggunakan bahan letupan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di sepanjang latihan berkenaan dijalankan.