123 pegawai, kakitangan KHEDN bersara diraikan

11 Nov 2026 - 6:46am

Oleh : Aimi Sani

Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 November. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi Pegawai-pegawai dan Kakitangan KHEDN dan Jabatan-jabatan di Bawahnya yang Bersara bagi Tahun 2025 bertempat di Tingkat 6, KHEDN, hari ini.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Pemantau Zon 1 Daerah Brunei dan Muara, Awang Saufi bin Haji Suhaini bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis.

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan plak kepada seramai 123 pesara yang diraikan, terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN serta jabatan-jabatan di bawahnya yang telah bersara bagi Tahun 2025.

Penyampaian sijil penghargaan dan plak tersebut merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak KHEDN terhadap jasa, khidmat bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh para pesara sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Penghargaan ini menzahirkan komitmen KHEDN dalam mengiktiraf jasa, dedikasi dan sumbangan para pesara sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam mendukung pelaksanaan tugas dan tanggungjawab KHEDN serta jabatan-jabatan di bawahnya merupakan sumbangan bermakna ke arah meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan kepada para pesara dalammenempuh fasa kehidupan seterusnya.

Turut hadir, Setiausaha- setiausaha Tetap KHEDN, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai- pegawai dan kakitangan KHEDN.