Pelantikan pegawai kanan kerajaan

14 Nov 2026 - 8:28am

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 November. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi kenaikan pangkat, pertukaran, pelantikan dan penetapan jawatan bagi beberapa orang pegawai kanan seperti berikut :

Timbalan Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali untuk dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM dan ditetapkan sebagai Grand Chamberlain dan Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin untuk ditukar sebagai Setiausaha Tetap (Fiskal) di Kementerian Kewangan.

Seterusnya, Penolong Pengarah Urusan di Agensi Pelaburan Brunei (BIA), Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman untuk dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Pelaburan I) di Kementerian Kewangan dan Timbalan Pengarah Urusan (Pegawalseliaan dan Penyeliaan) di Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Dayang Hajah Noorrafidah binti Sulaiman untuk dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Pelaburan II) di Kementerian Kewangan.

Tarikh kenaikan pangkat, pertukaran, pelantikan dan penetapan jawatan pegawai-pegawai kanan berkenaan berkuat kuasa mulai Sabtu, 4 Jamadilakhir 1448 bersamaan 14 November 2026.