Lawatan kongsi pengalaman pengajaran Al-Quran

30 Og 2026 - 7:32am

Siaran Akhbar dan Foto : NUQRA Quranic

BERIBI, Sabtu, 29 Ogos. - NUQRA menerima lawatan hampir 20 guru Al-Quran daripada sekolah-sekolah Arab peringkat rendah dari seluruh Negara Brunei Darussalam (NBD) ke NUQRA Quranic Beribi.

Lawatan sambil belajar ini menjadi ruang perkongsian pengalaman dan pertukaran idea dalam memperkukuhkan pengajaran Al-Quran, termasuk melihat pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di NUQRA.

NUQRA percaya bahawa usaha memperkasa pendidikan Al-Quran merupakan tanggungjawab bersama antara institusi kerajaan dan swasta, dengan matlamat yang sama untuk memberikan pendidikan Al-Quran yang terbaik kepada generasi NBD.

Sebagai sebuah institusi pendidikan Al-Quran swasta, NUQRA komited untuk terus memainkan peranan sebagai rakan sokongan kepada usaha kerajaan dalam memperkukuhkan pendidikan Al-Quran di NBD.

Diharapkan dengan lawatan seperti ini akan dapat terus membuka ruang kerjasama demi melahirkan generasi NBD yang dekat, mencintai dan berpegang teguh kepada Al-Quran.