Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan
BERAKAS, Sabtu, 17 Oktober. - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa sukacita memaklumkan bahawa Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan bersama senarai kursus-kursus yang akan ditawarkan di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke Luar Negeri (Umum) bagi sesi akademik 2027/2028 telah dikeluarkan hari ini.
Permohonan akan dibukakan pada sekitar bulan Januari 2027.
Tatacara permohonan, syarat-syarat dan senarai kursus-kursus boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui telefon pejabat di +673 2380019 (Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 7.45 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 1.30 petang hingga 4.30 petang) atau melalui e-mel di scholarship@moe.gov.bn.