Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hernie Suliana Haji Othman
SHENZHEN, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Rabu, 18 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam bagi meraikan Ketua-Ketua Ekonomi APEC bertempat di Shenzhen International Communication Center, Shenzhen, Republik Rakyat China, malam tadi.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan First Lady Republik Rakyat China, Madame Peng Liyuan.
Majlis ini juga diserikan dengan persembahan kebudayaan.