Berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

19 Nov 2026 - 8:10am

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas, Azmah Haji Ahad

MANILA, REPUBLIK FILIPINA, Selasa, 17 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bersama para Pemimpin ASEAN, malam tadi, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya ke Majlis Santap Malam bagi meraikan Presiden AS, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.

Sidang Kemuncak tersebut yang diadakan di Hotel Solaire, Manila, dimulakan dengan ucapan Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand R. Marcos. Jr.

Setelah Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS berakhir, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bersama para Pemimpin ASEAN-AS menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Republik Filipina bagi meraikan Tuan Yang Terutama Presiden AS.

Majlis tersebut turut menyaksikan ucapan daripada TYT Presiden Republik Filipina dan ucapan balas daripada TYT Presiden AS.