Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, hari ini berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Janbaz Khan, yang akan menamatkan perkhidmatan.
Majlis Mengadap berkenaan berlangsung di Istana Nurul Izzah.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Janbaz Khan atas sumbangan Tuan Yang Terutama dalam mengeratkan lagi jalinan persahabatan yang sekian lama terjalin di antara NBD dan Republik Islam Pakistan.
Sepanjang tempoh perkhidmatan TYT, kerjasama kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang terus dipertingkatkan termasuk pertahanan, pendidikan, kesihatan dan pertukaran antara rakyat.
TYT telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 April 2025.