BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, dan kerajaan serta rakyat Persekutuan Rusia sempena memperingati Ulang Tahun penubuhan hubungan diplomatik yang ke-35 di antara Negara Brunei Darussalam dengan Persekutuan Rusia.