Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Rohani Haji Abdul Hamid
Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Manila, Republik Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 serta Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 November 2026.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri .
Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned.
Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Menteri di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM Bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah DYMM ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-menteri Kabinet; Timbalan-Timbalan Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; dan Setiausaha Tetap di JPM merangkap Grand Chamberlain.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan akan berlangsung di Manila, Filipina, dari 15 hingga 17 November 2026 di bawah Pengerusi Filipina, Presiden Ferdinand Marcos Jr., dengan membawakan tema “Navigating Our Future, Together”.