Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di Switzerland - Polis

30 Og 2026 - 9:47am

GENEVA, 30 Ogos. - Seorang maut manakala lima lagi cedera, termasuk beberapa parah, dalam insiden tembakan ketika sebuah parti di Aarau, utara Switzerland pada Ahad, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Suspek yang belum dikenal pasti masih bebas.

“Motif yang mungkin serta keadaan sebenar kejadian masih belum jelas,” menurut polis Aargau dalam hantaran di X.

Operasi besar-besaran sedang dijalankan, manakala pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan Schachen di Aarau.

Kejadian tembakan berlaku berhampiran sebuah trek lumba kuda di Schachen, manakala kawasan sekitarnya termasuk kolam renang dan padang sukan telah ditutup kepada orang ramai. - ©BERNAMA