TOKYO, 13 Julai. - Empat cedera dalam insiden tikam di bandar raya Saiki di barat daya Wilayah Oita, Jepun, pagi Isnin, lapor Xinhua, memetik media tempatan.
Menurut penyiar awam NHK, polis memaklumkan kepada petugas kecemasan sejurus selepas 9.30 pagi waktu tempatan bahawa seseorang telah ditikam dengan pisau dapur di tempat letak kereta sebuah kedai di bandar raya Saiki.
Menurut polis, empat yang cedera, kesemuanya dalam keadaan sedar dan telah dibawa ke hospital.
Polis menahan seorang suspek lelaki berusia 44 tahun di kemudahan perubatan berhampiran kerana disyaki melanggar undang-undang berkaitan kawalan senjata. Pihak berkuasa sedang menyiasat butiran kejadian. - ©BERNAMA