Sayur Umbut Masak Lemak

29 Jul 2026 - 11:43am

RPN Bukit Beruang

Foto : Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

 

BAHAN-BAHANNYA :

700g umbut kelapa

10 biji cili api (tumbuk lumat)

Udang hidup (untuk sapak)

Santan pekat

3 ulas bawang merah (dihiris)

3 ulas bawang putih (dihiris)

Sedikit belacan

Garam dan gula secukupnya

Air secukupnya

Minyak untuk menumis

CARA-CARA MEMASAKNYA :

Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Kemudian, masukan air secukupnya dan umbut kelapa. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk, belacan dan udang. Tuangkan santan pekat kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa. Masak sehingga kuah sedikit pekat.