Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 18 September. - Hasil daripada maklumat orang ramai dan pemantauan, Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah menjalankan serbuan di sebuah apartmen di Kampung Kiulap pada 15 September 2026.
Serbuan berkenaan berjaya menahan tiga orang warganegara tempatan, terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 21 hingga 29 tahun, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.
Kesemua suspek bersama bahan-bahan bukti telah dibawa ke JSJ bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 294A, Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22).
PPDB mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan menjauhi sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan mencurigakan boleh disalurkan kepada pihak polis melalui talian kecemasan 993 atau e-mel ‘info.rbpf@police.gov.bn’ untuk tindakan selanjutnya.