Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan pindah ke bangunan baharu

12 Og 2026 - 5:34am

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Perhutanan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Ogos. - Jabatan Perhutanan ingin memaklumkan bahawa ibu pejabat Jabatan Perhutanan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri telah berpindah sepenuhnya ke banglo-banglo kerajaan di Nombor 62A, 62B, 63 dan 64 Jalan Perayaan, Bandar Seri Begawan bermula 27 Julai 2026.

Segala urusan surat-menyurat dan perkhidmatan kini dijalankan sepenuhnya di lokasi beralamat Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Jalan Perayaan, Bandar Seri Begawan, BB3515.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenainya boleh menghubungi Jabatan Perhutanan di talian +673 2384603 atau +673 2384604 atau e-mel ‘info@forestry.gov.bn’. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui laman sesawang Jabatan Perhutanan di ‘www.forestry.gov.bn’ atau akaun Instagram rasmi ‘@forestry.bn’.