BEIJING, 28 Julai. - Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping berharap Slovakia akan memainkan peranan yang konstruktif dalam menggalakkan perkembangan hubungan yang kukuh dan stabil antara Republik Rakyat China dengan Kesatuan Eropah (EU).
Perkara itu dinyatakan Xi ketika mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Slovakia, Peter Pellegrini, di Beijing, hari ini.
Menurut Xi, Republik Rakyat China sentiasa melihat EU sebagai rakan kerjasama dan akan terus membangunkan hubungan dengan blok tersebut berlandaskan keikhlasan serta niat baik.
Beliau turut menegaskan komitmen Republik Rakyat China untuk memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan dengan EU demi manfaat bersama kedua-dua pihak. - ©XINHUA