Sekurang-kurangnya 42 kanak-kanak cedera dalam insiden letupan di Kabul

19 Og 2026 - 11:04am

KABUL, 19 Ogos. - Sekurang-kurangnya 42 kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 14 tahun cedera dalam insiden letupan di sebuah pusat pendidikan di Kabul pada Isnin, menurut Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) menerusi akaun media sosialnya pada Selasa malam, lapor Xinhua.

UNAMA menyatakan ingatan mereka sentiasa bersama kanak-kanak yang cedera dan keluarga mangsa selain menggesa siasatan dijalankan bagi menentukan keadaan sebenar kejadian itu. Misi berkenaan turut menegaskan bahawa sekolah dan pusat pendidikan mesti dipastikan selamat.

Setakat ini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab terhadap insiden letupan itu. - ©BERNAMA