Pesta Buku Kebangsaan China Ke-34 catat urus niaga 1.18 bilion yuan

28 Jul 2026 - 1:53pm

HANGZHOU, 28 Julai. - Pesta Buku Kebangsaan China Ke-34 melabuhkan tirainya pada Isnin di Hangzhou, ibu kota Wilayah Zhejiang, timur Republik Rakyat China, dengan mencatatkan jumlah urus niaga bernilai 1.18 bilion yuan (kira-kira AS$173.71 juta), menurut penganjur.

Acara yang berlangsung selama empat hari itu menghimpunkan lebih 1,000 peserta pameran dari seluruh negara dan berjaya menarik kira-kira 560,000 pengunjung.

Sepanjang penganjurannya, lebih 1,000 aktiviti pembacaan telah diadakan, selain menampilkan hampir satu juta judul buku, sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap budaya membaca serta industri penerbitan di Republik Rakyat China. - ©XINHUA