Pelaksanaan Eksesais Hikmat Bersatu VII/2026 ditunda

28 Sep 2026 - 7:24am

Siaran Akhbar : Kementerian Pertahanan

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 September. - Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan bahawa Eksesais Hikmat Bersatu VII/2026 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang pada asalnya dijadualkan  berlangsung dari 28 September 2026 hingga 7 Oktober 2026, adalah ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Keputusan berkenaan dibuat berdasarkan situasi jerebu semasa yang masih menjejaskan kualiti udara di Negara Brunei Darussalam serta keadaan cuaca panas, dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat, khususnya dalam pelaksanaan eksesais berskala besar.

Tarikh baharu pelaksanaan eksesais serta sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Kementerian Pertahanan.